Semester baru akan bermula, kini genap 2 tahu aku berada di universiti ini mencuba sedaya upayaku untuk menunaikan impian dan harapan kedua orang tuaku untuk melihat aku berjaya. Aku pada dasarnya tidak yakin dengan kemampuanku sendiri untuk meneruskan pengajian di peringkat tertinggi lebih-lebih lagi mengikuti kursus yang boleh dikatakan sukar ini.
Hari ini, sudah masuk hari ketiga sejak kuliah bermula. Untuk semester ini, pelajar-pelajar telah bertambah berikutan adanya "senior" diploma yang masuk sekali dalam "degree part 4". Aku dan kawan-kawan sekuliahku diserapkan ke ijazah atas kelulusan STPM.
Studio yang dulunya biasa sahaja kini dipenuhi dengan riuh rendah dengan pertambahan teman seperjuangan baru, Ahli mesyuarat tingkap yang lebih besar dan jemaah silaturahim sesama insan.
"Nama awak Norman kan, kawan saya pun ada nama Norman, tapi saya panggil dia nickname je, kalau saya panggil awak Normy OK tak", tiba-tiba aku disapa oleh seorang gadis senior yang kulangsung tidak kenali.
Aku agak terpinga-pinga kerana aku sememangnya tidak mengenalinya langsung. Gadis kecil molek berkulit mulus, berkacata mata dan bersuara manja. Walaupun dia lebih tua sedikit dariku tetapi dia kelihatan seperti kebudak-budakan.Melihatkan dirinya membuatku merasa sesuatu, namun cepat-cepat ku padamkan dari hatiku.

0 ulasan